Home Nasional Akta 852 beri perlindungan kepada masyarakat terutama kanak-kanak
Nasional

Akta 852 beri perlindungan kepada masyarakat terutama kanak-kanak

Akta 852 beri perlindungan kepada masyarakat terutama kanak-kanak

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 September – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bakal memberi perlindungan kepada masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak daripada bahaya produk berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Muaz Sayuti berkata, akta itu ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan guru kerana dapat mengawal semua jenis produk rokok yang ada dalam pasaran.

Ia turut melibatkan status pendaftaran produk berkenaan dengan KKM.

“Pendaftaran dalam konteks ini bukan seperti ubat-ubatan yang jika berdaftar dengan KKM maksudnya selamat. Pendaftaran melalui akta ini supaya dapat pengawasan dan mengetahui kandungan yang berada dalam produk itu.

“Jika mempunyai kesan kepada kesihatan, akta ini ada kuasa untuk tarik kebenaran terhadap produk terbabit,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Beliau berkata KKM berusaha untuk meluluskan akta itu kerana perlu terdapat akta khas yang mengawal produk rokok dan vape.

Manakala Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula berada bawah Akta Makanan 1983.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....