Home Nasional Akademi Rel Pahang, wujudkan tenaga mahir tempatan dalam industri rel
Nasional

Akademi Rel Pahang, wujudkan tenaga mahir tempatan dalam industri rel

Akademi Rel Pahang, wujudkan tenaga mahir tempatan dalam industri rel

Foto FB MB Pahang

KUANTAN, 11 April– Penubuhan Akademi Rel Pahang bakal mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja luar dalam industri rel tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif strategik yang dilaksanakan kerajaan negeri itu dilihat memperkasakan lagi sistem rel negara.

\”Kita hanya perlu mengikut piawaian yang telah ditentukan itu agar mengguna tenaga yang dikeluarkan dari Akademi Rel Pahang dan lain-lain institusi dalam pengurusan rel.

Ini bukan hanya dapat digunakan terhadap permintaan domestik, untuk industri ini tetapi mungkin kita boleh eksport tenaga yang berkemahiran ini ke luar negara kelak. Insya-Allah,\” kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Akademi Rel Pahang, di sini.

Melalui akademi tersebut, pelbagai cabang kemahiran di dalam industri rel dapat dilahirkan antaranya, pengendali tren, pengendali sistem dan perancang laluan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....