Sunday , 16 February 2025
Home Nasional Ahli parlimen perlu elak politikkan semua isu demi kepentingan parti
Nasional

Ahli parlimen perlu elak politikkan semua isu demi kepentingan parti

Ahli parlimen perlu elak politikkan semua isu demi kepentingan parti

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menjunjung dan menyokong titahYang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar ahli parlimen mengelak daripada mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.

BBC dalam satu kenyataan memaklumkan, wakil rakyat bertanggungjawabmemastikan perbahasan di Parlimen kekal konstruktif, berasaskandata, serta tertumpu kepada kemajuan negara, bukan naratif politik memecahbelahkan.

\”BBC memainkan peranan penting dalam memastikan semak dan imbang dalam kerajaan, bagi menjamin dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

\”Ini termasuk menyuarakan kebimbangan, memberikan maklum balas, dan mengkritik dasar kerajaan secara membina apabila perlu. Namun, seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda, tanggungjawab ini harus dilaksanakan dengan penuh tertib, berpandukan fakta serta kepentingan negara, bukan retorik politik semata-mata,\” menurut kenyataan itu.

BBC terus proaktif dalam memperkukuh kualiti perbincangan serta keterlibatan ahli parlimen dalam usaha membina budaya Parlimen lebih matang dan bertanggungjawab.

Platform seperti Sarapan Bersama Menteri, Friends of Ministry, dan taklimat Parlimen lebih tersusun dapat membantu ahli parlimen menyampaikan maklumat dasar kepada rakyatsecara lebih jelas dan berkesan.

Ia sekali gus mengelakkan kekeliruan dan mengurangkan unsur sensasi politik yang tidak wajar.

\”Seiring dengan visi Seri Paduka Baginda, kami menyeru semua ahli parlimen, tanpamengira latar politik, untuk bersama-sama menjunjung integriti Parlimen, mengangkatperbahasan yang berasaskan fakta, serta mengutamakan kepentingan negara melebihisegala-galanya.

\”Marilah kita bekerjasama untuk memperkukuh institusi demokrasi dan membina Malaysia yang lebih progresif, inklusif, dan bersatu padu,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...