Home Nasional Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 4 Mei– Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2025.

Dalam titah Baginda, Seri Paduka menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota bomba atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi mereka dalam melindungi keselamatan rakyat.

“Terima kasih di atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi anda semua. Anda adalah wira yang sentiasa bersedia menghadapi bahaya demi keselamatan masyarakat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

\”Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada\”, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan dan jasa anggota bomba di seluruh dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....