Home Nasional Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Istana Negara dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

\”Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,\” menurut hantaran itu.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pagi tadi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....