Home Nasional Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas
Nasional

Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas

Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas

Sultan Ibrahim / Foto BERNAMA

SUBANG JAYA, 5 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 9.40 pagi; diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Sejurus tiba, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa mendengar taklimat mengenai insiden berkenaan sebelum berangkat meninjau lokasi kejadian.

Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa sekitar 40 minit di lokasi kejadian sebelum berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights untuk mencemar duli melawat mangsa kebakaran.

Hari ini merupakan hari kelima selepas kebakaran saluran paip gas yang berlaku pada Selasa.

Kawalan keselamatan di lokasi insiden tetap menjadi fokus utama agensi penguat kuasa bagi memastikan keselamatan penduduk dan petugas media.

BERITA BERKAITAN:

  • Letupan paip gas: LPHS tawar 100 rumah sementara untuk mangsa kebakaran
  • DR Zaliha lawat mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di Hospital Putrajaya
  • Kebakaran paip gas: Penduduk terjejas boleh mohon ganti peranti – Gobind
  • Kebakaran paip gas Putra Heights: Penduduk mahu siasatan terperinci
  • SOP sedia ada sebelum paip gas dibina – Bomba
  • Kebakaran paip gas Putra Heights: PETRA pastikan bekalan tenaga stabil di kawasan terjejas

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....