Home Nasional Adilfitri: Amalan kunjung-mengunjung meriahkan sambutan di Perlis
Nasional

Adilfitri: Amalan kunjung-mengunjung meriahkan sambutan di Perlis

Adilfitri: Amalan kunjung-mengunjung meriahkan sambutan di Perlis

Foto RTM

KANGAR, 1 April- Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Perlis meriah dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah keluarga dan sahabat handai.

Tinjauan RTM sekitar Arau dan Kangar mendapati, amalan ziarah menziarahi tetap menjadi keutamaan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim antara sesama umat Islam.

Penganjuran rumah terbuka membolehkan setiap tetamu yang bertandang dapat bersama-sama menjamu juadah disediakan secara beramai-ramai selain dapat bersalaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Selain itu, Aidilfitri juga mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam semangat penuh harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Bagi Rozieana Ahmad, beliau mengharapkan sempena Aidilfitri ini berikan tumpuan untuk eratkan silaturahim antara satu sama lain dan kurang menggunakan gajet. Jadikan amalan kunjung mengunjung ini untuk bertemu jiran tetangga, sahabat handai dan keluarga terdekat dalam keadaan penuh harmoni.

Sementara itu bagi Norhayati Hashim, Aidilfitri yang disambut kali ini cukup meriah khususnya di kawasan kampung kerana menerima kunjungan sahabat handai dan saudara mara untuk bermaaf-maafan. Selain itu Aidilfitri ini cukup bermakna apabila semua dapat berkumpul beramai-ramai menjamu hidangan disediakan.

Selain orang dewasa, kanak-kanak antara golongan paling gembira menyambut Aidilfitri dengan pemberian duit raya serta dapat menikmati pelbagai hidangan disediakan di setiap rumah dikunjungi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....