Home Nasional A-KAWI raikan 81 pelajar cemerlang SPM, STPM
Nasional

A-KAWI raikan 81 pelajar cemerlang SPM, STPM

A-KAWI raikan 81 pelajar cemerlang SPM, STPM

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI) kali ke-11 meraikan 81 pelajar cemerlang Langkawi

LANGKAWI, 10 Ogos- Seramai 81 pelajar cemerlang Langkawi diraikan melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI).

Mereka terdiri daripada 53 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 28 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari lapan sekolah di Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, A-KAWI telah dianjurkan untuk kali ke-11 itu bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

\”Program seperti ini akan diteruskan bukan hanya untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga bagi mereka yang menunjukkan peningkatan,\” katanya dalam ucapan di sini.

Pada tahun ini, turut diperkenalkan dua kategori baru, iaitu Anugerah Terbaik Pendidikan Khas (Sekolah Menengah) dan Anugerah Pelajar Terbaik SPM (Sekolah Swasta).

Sementara itu empat sekolah turut menerima pengiktirafan dalam kategori Sekolah Menengah Terbaik antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra memenangi kategori Sekolah Harian Terbaik untuk SPM dan Sekolah Menengah Terbaik untuk STPM.

Anugerah Lonjakan Perdana Sekolah Menengah (SPM) untuk Gred Purata diraih oleh Maktab Mahmud Langkawi, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat menerima Anugerah Lonjakan Perdana untuk kategori Layak Mendapat Sijil.

Bagi Anugerah Pelajar Terbaik (Keseluruhan), Muhammad Ajmal Danish Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra dinobatkan sebagai penerima untuk SPM, sementara Muhammad Syamim Azfar Mohamad Syukri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menerima anugerah tersebut untuk STPM.

Manakala Nurulhuda Izzati Zamri menjadi penerima pertama Anugerah Terbaik Pendidikan Khas (Sekolah Menengah).

Selain itu, Anugerah Tokoh Pendidik A-KAWI turut diberikan kepada Mohd. Kamal Hashim, yang merupakan salah seorang yang mencetuskan idea dan menyumbang tenaga untuk penganjuran A-KAWI sejak 11 tahun yang lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....