Home Nasional 99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTM

KLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting rambut percuma anjuran Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor dengan kerjasama Surau Ubaidiah Taman Klang Jaya di sini sempena sesi persekolahan baharu yang bermula esok.

Pengerusi Surau Ubaidiah Taman Klang Jaya Saifudin Ahmad berkata program berkenaan memberi manfaat kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan dengan membantu mengurangkan beban kewangan mereka khususnya golongan B40.

\”Ia merupakan satu usaha membantu dan meringankan beban golongan B40 yang perlu membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka,\” katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut semalam.

Seorang penerima manfaat, Rusdi Sara menyambut baik inisiatif itu kerana dapat mengurangkan perbelanjaan keluarga menjelang sesi persekolahan.

\”Kalau ada tiga orang anak, kos gunting rambut sahaja sudah mencecah lebih RM50. Program ini sangat membantu kami,\” katanya.

Seorang lagi ibu, Nurul Huda Mohd Sani turut melahirkan rasa syukur atas penganjuran program tersebut.

\”Alhamdulillah, program ini membantu keluarga B40 mengurangkan kos persediaan sekolah. Dengan tiga orang anak, kami dapat berjimat banyak,\” katanya.

1602 SELANGOR RAMBUT PERCUMA
Program gunting rambut percuma anjuran Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor dengan kerjasama Surau Ubaidiah Taman Klang Jaya semalam/RTM

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...