Home Nasional 84 penduduk terjejas banjir di Kedah pagi ini
Nasional

84 penduduk terjejas banjir di Kedah pagi ini

84 penduduk terjejas banjir di Kedah pagi ini

FOTO APM NEGERI KEDAH

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Seramai 84 penduduk terjejas banjir dicatatkan di Kuala Muda, Kedah setakat 6.00 pagi ini, selepas dilanda banjir kilat pada Selasa lalu.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan penduduk terjejas membabitkan 22 keluarga itu berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdahulu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Amirul Asyraf Mohamad Mayidin memaklumkan penduduk berkenaan ditempatkan di PPS Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok di daerah itu.

Jelas beliau, banjir dan air pasang besar yang berlaku menyebabkan kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter dan menjejaskan lebih 20 buah kediaman di kawasan terbabit.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga 9.00 pagi nanti.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, menurutMetMalaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....