Home Nasional 710 sekolah daif siap dibaik pulih
Nasional

710 sekolah daif siap dibaik pulih

710 sekolah daif siap dibaik pulih

Fadhlina Sidek

SABAK BERNAM, 19 Ogos- 710 daripada 1,075 sekolah daif di seluruh negara sudah siap dibaik pulih setakat Ogos tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 164 buah sekolah sedang dalam fasa pembinaan, manakala 201 lagi masih berada dalam proses prapembinaan.

Inovasi baharu serta pembangunan yang disegerakan sangat membantu murid-murid menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan menyokong proses pendidikan dengan lebih baik.

\”Kita memang pantau ketat khususnya sekolah daif ini kerana ia adalah antara keutamaan kita dan pastinya ia sentiasa dipastikan mengikut status prabina \’sedang berjalan\’.

\”…dan misi kami adalah untuk memastikan ia siap dengan sinergi khususnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR),\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek milik Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya, JKR selaku agensi pelaksana di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, di sini.

Sementara itu berhubung penularan wabak mpox (cacar monyet), pihaknya sentiasa bersedia dan menjadikan input daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai garis panduan dalam membuat perancangan menangani perkara itu.

\”Dari segi persiapan kita sentiasa bersedia, kita turut mendapat nasihat daripada KKM dan berpandukan garis panduan pihak kesihatan, kita akan maklumkan sebarang tindakan kepada sekolah dari semasa ke semasa,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....