Home Nasional 7,000 dos vaksin Influenza untuk warga emas di Negeri Sembilan
Nasional

7,000 dos vaksin Influenza untuk warga emas di Negeri Sembilan

7,000 dos vaksin Influenza untuk warga emas di Negeri Sembilan

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 14 April-Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menerima peruntukan 7,000 dos vaksin influenza daripada Kementerian Kesihatan (KKM) secara berfasa bagi tahun ini.

Pengarah JKNNS, Dr.Zuraida Mohamed menerusi kenyataan memaklumkan, setakat ini bekalan vaksin masih ada dan telah mula diberi sejak 18 Februari kepada 2,597 warga emas di klinik kesihatan terlibat di seluruh negeri.

Pemberian vaksin influenza adalah secara percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik sama ada penyakit diabetes, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia, atau penyakit buah pinggang kronik.

Program vaksinasi itu dilaksana secara sukarela bertujuan melindungi populasi berisiko tinggi daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza, termasuk pneumonia, radang jantung, dan sepsis, yang berpotensi menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian.

Janji temu untuk mendapatkan vaksin boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera secara berfasa bagi klinik-klinik kesihatan terlibat.

Individu yang layak juga boleh membuat janji temu melalui panggilan telefon atau hadir secara terus ke klinik kesihatan terlibat tertakluk kepada ketersediaan bekalan vaksin di fasiliti berkenaan, berikutan agihan bekalan yang dibuat secara berperingkat ke seluruh negara.

JKNNS menyeru agar semua warga emas yang layak mengambil peluang untuk mendapatkan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan dan komplikasi serius.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...