Home Nasional 68 projek bina semula bangunan sekolah daif di Kedah- Fadhlina
Nasional

68 projek bina semula bangunan sekolah daif di Kedah- Fadhlina

68 projek bina semula bangunan sekolah daif di Kedah- Fadhlina

Foto: FB Fadhlina Sidek

ALOR SETAR, 23 Ogos– Sebanyak 68 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif dilaksanakan di Kedahdengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM342 juta.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata 49 daripadanya telah siap sepenuhnya manakala 11 lagi dalam pembinaan serta lapan lagi pada peringkat prabina.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata komitmen itu bagi memastikan akses pendidikan terbaik dinikmati pelajar tanpa mengira latar belakang atau keberadaan mereka.

\”Dalam hal ini pastilah isu keciciran, kemiskinan multidimensi,intervensi kurikulum ( yang sedang berjalan di semua peringkat) serta isu-isu pembangunan serta infrastruktur mesti diberikan perhatian,\” katanya.

Beliau memaklumkan sejumlah RM47.43 juta turut diperuntuk untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan di negeri itu tahun ini melibatkan 829 projek di 573 institusi KPM.

Sempena pemukiman di Kedah, Fadhlina turut mengumumkan pemisahan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah, PPD Kuala Muda/Yan sebagai langkah untuk memperkukuhkan tahap efisyen pentadbiran PPD di negeri itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....