Home Nasional 66 menara komunikasi siap dibina di Terengganu
Nasional

66 menara komunikasi siap dibina di Terengganu

66 menara komunikasi siap dibina di Terengganu

– Penduduk Terengganu kini menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih baik/Foto MCMC

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Penduduk Terengganu kini menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih baik apabila kesemua 66 menara komunikasi yang diperuntukkan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 1 telah siap dibina.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menerusi kenyataan hari ini berkata, dengan pembinaan itu telah melonjakkan kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk kepada 97.54 peratus berbanding 93.68 peratus sebelum ini.

“Sebanyak 39 menara telah diaktifkan menggunakan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN) di mana pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

\”Penyediaan perkhidmatan Internet yang kondusif menjadi keutamaan MCMC dan kerajaan, bagi memudahkan urusan harian rakyat serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk,\” katanya.

Sebanyak 19 buah menara disiapkan pembinaan di Hulu Terengganu, diikuti 12 menara masing-masing di Marang dan Setiu, Dungun (9), Besut (8), dan masing-masing dua buah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...