Home Nasional 55 Tabika KEMAS Perlis tawar program Pra Tahfiz
Nasional

55 Tabika KEMAS Perlis tawar program Pra Tahfiz

55 Tabika KEMAS Perlis tawar program Pra Tahfiz

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya

KANGAR, 17 Ogos-Sebanyak 55 dari keseluruhan 146 Tabika KEMAS yang beroperasi di Perlis menawarkan Program Pra Tahfiz.

Program Pra Tahfiz satu insiatif yang mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul dan mengambil ibrah atau pengajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya memaklumkan, modul Pra Tahfiz yang dilaksanakan merupakan pelengkap kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang perlu dipelajari murid-murid prasekolah sebelum mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.

\”Selain anak-anak dapat menguasai 3M, kita menyasarkan anak-anak boleh mengaji dengan baik, menghafaz surah-surah lazim, boleh menaakul atau membuat pertimbangan dengan baik dan mengambil ibrah atau pengajaran tentang segala yang dipelajari hasil tunjuk ajar guru berpengalaman\”, katanya ketika merasmikan Bengkel Kecemerlangan, Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS Parlimen Kangar di IPG Kampus Perlis.

Bengkel dilaksanakan bagi menyusun, menyelaras dan membentang gerak kerja aktiviti yang bakal memberi impak positif kepada masyarakat sekitar Parlimen Kangar.

Program dihadiri 100 peserta terdiri Guru-Guru KEMAS, Ibu Bapa dan pengurusan KEMAS bagi Parlimen Kangar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....