Home Nasional 55 Tabika Kemas di Perlis tawar Program Tabika Pra Tahfiz
Nasional

55 Tabika Kemas di Perlis tawar Program Tabika Pra Tahfiz

55 Tabika Kemas di Perlis tawar Program Tabika Pra Tahfiz

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Kemas Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya

KANGAR, 17 Ogos – Sebanyak 55 daripada 146 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang beroperasi di Perlis menawarkan Program Tabika Pra Tahfiz yang mampu melahirkan murid prasekolah menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul dan mengambil pengajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Kemas Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata modul Pra Tahfiz yang dilaksanakan merupakan pelengkap kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

\”Selain dapat menguasai 3M, Kemas turut menyasarkan murid prasekolah boleh mengaji dengan baik, menghafaz surah-surah lazim serta membuat pertimbangan dengan baik,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kecemerlangan, Kepimpinan dan Kesedaran Sivik Kemas Parlimen Kangar di IPG Kampus Perlis, di sini.

Bengkel dilaksana bagi menyusun, menyelaras dan membentang gerak kerja aktiviti yang bakal memberi impak positif kepada masyarakat sekitar Parlimen Kangar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....