Home Nasional 400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTM

MATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Kampung Run @ Mata Ayer 1.0, acara larian julung kali dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Padang Besar dengan kerjasama JPKKP Kampung Pokok Sena, Kampung Chuping Titi Besi dan Kampung Mata Ayer.

Program yang berlangsung dalam suasana meriah ini menawarkan tiga kategori utama iaitu lari santai 5km (terbuka), lari 10km terbuka lelaki dan wanita, serta 10km kategori senior lelaki dan wanita. Penyertaan yang merangkumi pelbagai peringkat umur dan kaum mencerminkan usaha memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Menurut penyelaras program, Siti Berenee Yahaya, penganjuran program berkenaan bukan sahaja disambut baik oleh peminat sukan larian, malah turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat. Tambah beliau, acara ini juga berperanan sebagai platform mempromosikan lokasi-lokasi menarik sekitar Mata Ayer, selaras dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

“Walaupun ini penganjuran sulung, kami berjaya capai sasaran penyertaan. Insya-Allah, Kampung Run 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan lebih banyak kategori dan hadiah menarik,” ujar beliau.

Siti Berenee turut menekankan bahawa sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan aktiviti sukan seperti ini mendapat tempat dan sokongan yang kukuh.

Program dianjurkan bersempena dengan Program Pembangunan Insan dan Street Dakwah yang berlangsung di Kampung Pokok Sena, Mata Ayer.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....