Saturday , 7 December 2024
Home Nasional 4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu
Nasional

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah kereta terbalik dalam kemalangan di Jalan Lama, Kampung Purak pada 27 Oktober lalu/Foto Bomba

MIRI, 2 November – Sebanyak 4,489 kematian akibat kes nahas jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal direkodkan di seluruh negara tahun lalu, termasuk 198 kes berlaku di Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) komited meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

\”Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya mendidik rakyat supaya menjadi pemandu yang selamat di jalan raya, bertimbang rasa, dan tidak menyusahkan pengguna lain. Anda mesti memiliki lesen memandu,\” katanya semasa majlis penutupan Program Bantuan MyLesen Kelas B2 Parlimen Sibuti di Bekenu di sini pada Sabtu.

Program Bantuan MyLesen yang disertai 698 peserta itu merupakan inisiatif JPJ untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu.

Sejak program itu dimulakan tahun lalu di Sarawak, lebih 17,000 penunggang motosikal telah memperoleh lesen B2.

Pelbagai program lain turut dilaksanakan, termasuk kempen keselamatan jalan raya, sesi libat urus bersama pemegang taruh, dan program advokasi bersama komuniti, bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...