Home Nasional 339 anggota JPJ Pahang digerakkan dalam OPS Khas Aidilfitri 2025
Nasional

339 anggota JPJ Pahang digerakkan dalam OPS Khas Aidilfitri 2025

339 anggota JPJ Pahang digerakkan dalam OPS Khas Aidilfitri 2025

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim (kanan) menyantuni pengguna jalan raya pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di Plaza Tol Gambang di sini hari ini / BERNAMA

KUANTAN, 29 Mac- Seramai 339 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang diatur gerak dalam OPS Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di seluruh negeri dari 28 Mac hingga 8 April.

Sebanyak 47 pasukan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan menyeluruh di lebuh raya, jalan utama persekutuan dan negeri, termasuk kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas kemalangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Razali Kassim, memaklumkan bahawa sekitar 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang sempena musim perayaan kali ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran perjalanan serta keselamatan diri, keluarga, dan orang lain.

“Pihak JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan saman terhadap mereka yang melakukan kesalahan, termasuk memotong garisan berkembar atau menghalang lalu lintas. Selain itu, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha JPJ dan telah memperuntukkan RM300,000 bagi pelaksanaan Ops Selamat Bersepadu di Pahang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemeriksaan ke atas bas ekspres akan dipertingkatkan, dengan anggota JPJ ditempatkan di terminal utama seperti Terminal Sentral Kuantan, Terminal Bas Temerloh, dan Terminal Bas Genting Highlands.

Selain itu, JPJ juga akan melaksanakan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi memantau pematuhan peraturan oleh pemandu bas.

Datuk Razali berkata demikian ketika ditemui media pada program advokasi keselamatan jalan raya sempena cuti perayaan Aidilfitri di Plaza Tol Gambang, Kuantan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....