Home Nasional 300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali

AYER KEROH, 7 Disember– Seramai 300 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyertai Skuad Ihsan MADANI KPDN.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, skuad ini diwujudkan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mempergiat penglibatan penjawat awam sebagai sukarelawan banjir.

Katanya, skuad itu akan bergerak ke kawasan terjejas banjir khususnya di Pantai Timur bermula 6 Disember hingga selesai Monsun Timur Laut (MTL).

\”Mereka akan terlibat, pertama bersandarkan kepada keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya, sekiranya ada keperluan untuk proses di PPS sebagai sukarelawan tambahan.

\”Begitu juga proses untuk memberikan, walaupun MTL belum berakhir,tetapi ada kawasan-kawasan tertentu yang telah mengalami pascabanjir, jadi gotong-royong, begitu juga di peringkat KPDN, ada Bakul Rahmah yang merupakan sumbangan daripada sektor swasta\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Karnival KPDN 2024 Zon Selatan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan penubuhan skuad ini yang akan digerakkan ke Kelantan sebelum ke kawasan terjejas banjir yang lain.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...