Home Nasional 30 penduduk Desa KEDA Tepi Sungai terima sumbangan bakul makanan
Nasional

30 penduduk Desa KEDA Tepi Sungai terima sumbangan bakul makanan

30 penduduk Desa KEDA Tepi Sungai terima sumbangan bakul makanan

Foto RTM

KUALA MUDA, 24 Mac- 30 penduduk Desa KEDA Tepi Sungai di Kuala Muda, Kedah, kawasan yang pernah menerima tempias akibat dibadai ombak Tsunami pada 26 Disember 2004, terpilih menerima sumbangan bakul makanan.

Ia bersempena Majlis Iftar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) MADANI Tahun 2025 peringkat Parlimen Sungai Petani yang diadakan di Desa KEDA berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Penasihat GiatMara Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dan Pengurus Besar KEDA, Afifah Omar.

Penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik dan mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam ucapannya, Shahanim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani memohon agar KEDA meneruskan tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar.

Ia terutamanya dalam kawasan Parlimen Sungai Petani kerana masih ramai golongan miskin yang memerlukan perhatian kerajaan.

Selain itu, cadangan untuk menambah baik jalan tepi laut dan pembinaan penempatan baharu untuk generasi kedua di kawasan berkenaan turut dikemukakan untuk perhatian dan pertimbangan pihak berkaitan.

Shahanim turut mengucapkan tahniah kepada Afifah kerana menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengurus Besar KEDA yang baharu berkuat kuasa awal Mac lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....