Home Nasional 2,000 rakyat saksikan Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang
Nasional

2,000 rakyat saksikan Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang

2,000 rakyat saksikan Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang

Foto IG Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

KUANTAN, 22 Ogos– Kira-kira 2,000 rakyat Pahang memenuhi Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan Tasik Kotasas bagi menyaksikan secara langsung Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar.

Istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Istana Abdul Aziz itu, disiarkan secara langsung menerusi skrin layar di dua lokasi berkenaan untuk tontonan rakyat.

Meskipun hujan, orang ramai mula memenuhi dataran berkenaan seawal pukul 6.30 petang untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan istiadat perkahwinan diraja itu.

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar, dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato\’ Dr Asmadi Mohamed Naim di Balai Mahkota Istana Abdul Aziz.

Selesai istiadat akad nikah, Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan melakukan upacara merenjis kepada kedua mempelai.

Turut hadir pada istiadat akad nikah, anakanda-anakanda Baginda Sultan Pahang, kerabat diraja Pahang serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri.

Istiadat perkahwinan akan diteruskan esok dengan Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan diadakan pada Ahad.

Semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik Kotasas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....