Home Nasional 2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAK

BINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, cedera melecur dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah pekerja di Jalan Tanjung Kidurong, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dan kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kebakaran yang dilaporkan berlaku pada pukul 4.42 pagi itu telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah tidak kekal bersaiz 60 x 30 kaki persegi.

Operasi pemadaman yang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan Bintulu tamat sepenuhnya pada pukul 7.18 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....