Home Nasional 2 cedera diserang gajah liar di Kuala Krai
Nasional

2 cedera diserang gajah liar di Kuala Krai

2 cedera diserang gajah liar di Kuala Krai

Penduduk kampung menunjukkan lokasi penoreh getah dan kakitangan PERHILITAN cedera selepas dipercayai diserang gajah liar

KUALA KRAI, 21 Mac – Seorang penoreh getah dan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) cedera selepas dipercayai diserang gajah liar dalam dua kejadian berasingan di Kampung Laloh, Kuala Krai.

Pengarah PERHILITAN Negeri Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian serangan pertama semalam yang mencederakan seorang penduduk di kebun getah berhampiran rumahnya.

Susulan itu, pasukan PERHILITAN Daerah Kuala Krai turun ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan mengesahkan kejadian tersebut. Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, ketika siasatan dijalankan, seorang kakitangan PERHILITAN bertembung dan diserang seekor gajah liar, menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Mangsa turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan telah melaksanakan operasi tangkapan dan kawalan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak bertindak sendiri sekiranya terserempak dengan hidupan liar bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap keselamatan diri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....