Home Nasional 1,500 penduduk hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Nasional

1,500 penduduk hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai

1,500 penduduk hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai

ahmi Fadzil beramah mesra dengan tetamu ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di Tapak Pasar Malam Telawi Bangsar / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Seramai 1,500 penduduk hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai.

Majlis diadakan di Tapak Pasar Malam Telawi itu turut diraikan oleh pelbagai kaum dan bangsa sekitar Lembah Pantai.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata sambutan itu cukup meriah meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Beliau memaklumkan, acara seperti itu dapat mengeratkan hubungan di kalangan warga selain menjadi tanda aras semangat perpaduan antara kaum.

\”Saya lihat ramai yang tetap mengambil peluang untuk datang hadir dan saya lihat acara seperti ini kalau yang datang di kawasan Bangsar ini memang pelbagai kaum, latar belakang ada yang datang daripada Sentosa.

\”Harapan saya acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan warga, mengurangkan perselisihan, meningkatkan persefahaman dan memberi peluang untuk kita raikan saat-saat gembira,\” katanya.

Tambah beliau yang juga Menteri Komunikasi, majlis yang diadakan buat julung kalinya itu sebagai simbolik semangat perpaduan yang dibina demi pembangunan yang lebih mampan.

Dalam majlis berkenaan, Fahmi turut meluangkan masa menggaul yee sang dan beramah mesra bersama tetamu.

Majlis dimeriahkan dengan pertunjukan tarian singa dan persembahan oleh Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...