Home Nasional 105 warga Maritim Malaysia terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024
Nasional

105 warga Maritim Malaysia terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

105 warga Maritim Malaysia terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

Foto Maritim Malaysia

BANGI, 29 April – Seramai 105 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 hari ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia,Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata penganugerahan itu bukan sekadar simbol penghormatan, malah menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga agensi untuk terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan profesional.

“Keunggulan Maritim Malaysia bukan hanya terletak pada kecekapan operasi, tetapi pada iltizam setiap pegawainya untuk menjunjung amanah negara dengan penuh taat setia dan keberanian,” katanya.

Beliau turut menyeru para penerima anugerah agar menjadi teladan serta pembimbing kepada generasi baharu dalam agensi selain terus memperkukuh nilai integriti, profesionalisme dan efisiensi dalam setiap lapisan organisasi.

Dalam majlis sama, Mohd Rosli turut menyampaikan Reben Perkhidmatan Cemerlang Maritim (RCM) kepada sembilan penerima yang telah dianugerahkan APC sebanyak tiga kali sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama Maritim Malaysia.

Anugerah tersebut diberikan kepada pegawai dan anggota dari pelbagai bahagian termasuk Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Maritim Negeri Selangor, Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Stesen Udara Maritim Subang serta Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....