Home Nasional 102 mangsa ribut di Perak ditempatkan di dua PPS
Nasional

102 mangsa ribut di Perak ditempatkan di dua PPS

102 mangsa ribut di Perak ditempatkan di dua PPS

Foto Facebook APM Perak

IPOH, 14 April – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di buka semalam bagi menempatkan 102 penduduk daripada 31 keluarga yang menjadi mangsa ribut di Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama (LMS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS terlibat ialah Dewan Serbaguna Taman Kaya di Taiping dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Perak Tengah.

\”PPS di Taiping yang dibuka pada 7 malam menempatkan 27 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Pak Darus, Taman Damai dan Taman Kaya.

\”Begitu juga PPS di SK Sungai Jejawi dibuka 11 malam tadi dengan 75 mangsa daripada 17 keluarga di Kampung Sungai Timah, Sungai Durian, Sungai Buaya, Seberang Perak dan Kampung Belia Sungai Pari ditempatkan di situ,\” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian petang semalam, hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama pada 4.30 hingga 6.30 petang menyebabkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora namun amaran hujan berterusan dijangka berlaku di dua daerah iaitu LMS dan Kerian hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....