Home Pasaran Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal
Pasaran

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Pada9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.21 mata kepada 1,592.28 daripada paras1,597.49 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka turun 1.13 mata kepada 1,596.36.

Pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu192 berbanding 129 manakala 241 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,898 tidak diniagakan dan 56 lain digantang dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak323.43 juta unit bernilai RM105.63 juta.

Pasaran AS ditutup semalam bersempena cuti umum manakala dagangan singkat pada Jumaat berkemungkinan menjejaskan lagi pasaran.

Naib Presiden Penyelidik Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berdasarkan pasaran hadapan, kesemua indeks utama diniagakan secara positif pada masa ini, sekali gus menunjukkan pasaran AS dibuka dengan trajektori meningkat.

Namun, sentimen berhati-hati kekal ketara susulan jangkaan insentif tambahan dari China dan sama ada pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan menurunkan kadar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka pada pertengahan bulan depan.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...