Home Pasaran SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Aliran Meningkat Niaga Hadapan Getah Serantau
Pasaran

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Aliran Meningkat Niaga Hadapan Getah Serantau

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Aliran Meningkat Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Livevartha) — Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini disokong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan serantau apabila para peniaga memberikan reaksi positif terhadap penangguhan pelaksanaan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dirangsang olehjangkaan kekurangan bekalan getah asli berikutan musim luar puncak.

"Pasaran juga didorong olehpengumumanlangkah-langkah rangsangan oleh kerajaan China untuk meningkatkan prestasi ekonomi, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun melantun semula pada Jumaat tetapi masih ditutup rendah mengakhiri minggu ini apabila parapeniaga mengambil kira prospek bekalan rendahdaripada pengeluar Asia berbanding kebimbangan tarif global.

Sementara itu, harga minyak meningkat disebabkan peningkatan permintaan terhadap bahan api dan jangkaan bahawa cadangan tarif timbal balik global AS tidak akan dilaksanakan sehingga April, yang mana memberikan lebih banyak masa untuk mengelakkan perang perdagangan.

"The People’s Bank of China mengumumkan hasratnya untuk melaraskan dasar monetari pada masa yang sesuai bagimenyokong ekonomi, yang kini berdepancabaran luaran yang semakin meningkat," kata peniaga itu.

Jumlah bekalan getah asli di China berkurangan dengan ketara apabila pengeluaran di negara pengeluarmemasuki musim bukan kemuncak, katanya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada3 petang, SMR 20 melonjak 9.5 sen kepada 921 sen sekilogram (kg), manakala susu getah pukal turun tiga sen kepada 687 sen sekilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...