Home Pasaran Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) — Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik2.79 mata atau0.17 peratus kepada1,603.60 berbanding 1,600.81 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.73 mata lebih tinggi pada1,603.54 dan diniagakan antara1,599.71 dan1,605.53 sepanjang sesi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 491 berbanding 324, manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,031 tidak diniagakan dan 19 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion bernilaiRM1.09 bilion.

PeniagaActivTradesAnderson Alves berkata dagangan tidak berubah dalam pasaran Asia disebabkan peserta pasaran menunggu data Senarai Gaji Bukan Ladang Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Selain itu, beliau berkata hasil bon yang lebih tinggi di seluruh dunia terutamanya dari negara G7, mula memberi kesan kepada kedinamikan pasaran, memberi tekanan kepada pasaran saham dan pertukaran asing.

“Perhatian kekal tertumpu pada dasar perdagangan yang berpotensi di bawah pentadbiran Trump menjelang hari pelantikannya, dengansensitiviti pasarandijangka meningkat dengan pengeluaran data pekerjaan utama AS selepas itu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional menokok12 sen kepada RM14.24, IHH Healthcare naik enam sen kepada RM7.10 dan Press Metal meningkattiga sen kepada RM4.71, manakala MYDIY dan YTL Corporation masing-masing tidak berubah pada RM1.80 dan RM2.46.

Pada masa yang sama, Gamuda dan Sime Darby masing-masing susut satu sen kepadaRM4.98 dan RM2.23.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...