KUALA LUMPUR, 13 Jun(Livevartha) — Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan,terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gusmemburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menguncup sebanyak 8.59 mata atau 0.56 peratus kepada 1,518.03 daripada 1,526.62 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 4.15 mata kepada1,522.47 dan bergerak dalam julat 1,515.10 hingga 1,522.70 sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 798 berbanding 177manakala 357 kaunter tidak berubah, 1,089 kaunter tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak1.94 bilion unit yang bernilai RM1.07 bilion.
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata sentimen pasaran secara menyeluruh kekal berhati-hati dalam ketidaktentuan berterusan mengenai perjanjian tarif AS-Malaysia yang masih belum dimuktamadkan selain musim dagangan yang lazimnya kurang memberangsangkan padaJun.
“Keyakinan pelabur kekal tertekan dalam persekitaran perdagangan global yang goyah. Tempoh pengecualian tarif timbal balas selama 90 hari oleh AS terhadap beberapa negara dijangka berakhir pada awal Julai (dan pada hujung Ogos bagi China), selain tarikh akhir siling hutang AS yang makin hampirpadaOgos dan menjejaskan lagiketidaktentuan pasaran,” katanya.
Bank pelaburan itu berkata impakpasaran akibatrasionalisasi subsidi yang dijangka dilaksanakan oleh Malaysia pada separuh kedua tahun ini selain peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai, berpotensi memberi tekanan terhadap trajektori pertumbuhan negara selain menjejaskan ketampakan prospek keuntungan korporat dalam masa terdekat.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun tujuh sen kepada RM9.70, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.26,CIMB kehilangan empat sen kepada RM6.85,IHH Healthcare rugi dua sen kepada RM6.88, CelcomDigi turun tiga sen kepada RM3.76 namunTenaga Nasionalnaik dua sen kepada RM14.28.