Home Pasaran Sentimen Positif Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Sentimen Positif Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Sentimen Positif Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang positif, dengan harga melepasi RM4,400 satu tan metrik untuk kontrak penanda aras Mei 2025, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga MSM meningkat apabila sentimen pasaran dirangsang oleh ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Potensi tarif China ke atas kacang soya AS mungkin mengalihkan permintaan daripada kacang soya kepada minyak sawit, membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk minyak sawit dan sekali gus meningkatkan sentimen pasaran.

“Kami menjangkakan harga MSM akan berada pada paras sokongan RM4,280 satu tan dan paras rintangan pada RM4,500 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 meningkat RM69 kepada RM4,669 satu tan, April 2025 naik RM64 kepada RM4,520 satu tan, dan Mei 2025 bertambah RM68 kepada RM4,417 satu tan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 dan Julai 2025 masing-masing naik RM71 kepada RM4,322 satu tan dan RM4,242 satu tan, manakala Ogos 2025 meningkat RM65 kepada RM4,189 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun, susut kepada 90,251 lot daripada 91,888 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 236,629 kontrak daripada 238,082 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan menambah RM60 kepada RM4,760 satutan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...