Home Pasaran Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Livevartha)– Bursa Malaysia kekalrendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkanprestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.37 mata atau 0.15 peratus kepada1,629.86 daripada 1,632.23 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok0.79 mata kepada1,633.02.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 556 berbanding337 manakala 450 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,159 tidak diniagakan dan31 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.38 bilion unit bernilaiRM905.31 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan beralihkepada saham-saham berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi, sekali gus bakal menyaksikan beberapa saham produk sarung tangan meningkat.

Firma pembrokeran itu turut menjangkakan peningkatan dalam sektor pembinaan, hartanah dan tenaga boleh baharu.

“Kami juga memilih sektor perladangan berikutan harga minak sawit mentah yang mengakhiri dagangan terbaharu melebihi tahap tertinggi dalam dua tahun,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...