Home Pasaran Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus
Pasaran

Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus

Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.

Pada jam 5 petang, indeks petunjukutamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.29 mata atau 0.21 peratus kepada1,553.63 daripada paras 1,556.92 yang dicatatkan pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu memulakan dagangan dengan susut 9.36 mata pada 1,547.56, malah bergerakmencecah paras rendah 1,546.68 pada sesi pagi sebelum kembali meningkat sehingga 1,556.74 dalam sesi tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu589 berbanding 385 manakala 429 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 2,294 tidak diniagakan manakala 15 lain digantung dagangannya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Rumah Putih masih belum mengumumkan butiran terperinci mengenai rancangan mengenakan tarif itu yang hanya mencetuskan lagi ketidaktentuan berhubung aspek skop serta tempoh berkaitan.

“Kekaburan mengenai perkara itu hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai bagaimana serta sejauh mana tarif ini akan dikuatkuasakan. Pasaran misalnya amat sensitif dengan kejutan dan ketidaktentuan dasar sedemikian yang tidak hanya memberi tekanan ke atas ekuiti AS tetapi juga di pasaran modal global dengan memburukkan lagi sentimen negatif itu,” katanya.

Beliau berkatapasaran terbukti memberi reaksi pantas yang didorong oleh peningkatan mengelak risiko yang ketara.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan pandangan bahawa AS akan terus bergantung kepada Asia untuk memasarkan produk-produknya,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...