Home Pasaran Sentimen Berhati-hati, Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Pasaran

Sentimen Berhati-hati, Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Sentimen Berhati-hati,  Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Rabu, diheret turun olehkekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati susulan tindakan peniaga meneliti keadaan semasa dan cabaran inflasi.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.10 mata kepada 1,581.74 daripada 1,584.84 pada akhir dagangan semalam.

Indeks utama itudibuka susut 1.62 mata kepada 1,583.22.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu139 berbanding129 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak135.05 juta unit bernilaiRM68.94 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street ditutup tinggi sedikitsemalamdengan ketiga-tiga indeks utamanya mendapat rangsangan belian lewat selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

“Di peringkat tempatan,FBM KLCI ditutup meningkat sedikit semalam walaupun wujud petunjuk berlakunya jualan asing. Kami percaya institusi tempatan akan bertindak mengumpul saham terpilih menjelang musim pelaporan pendapatan bagi suku keempat 2024.

“Bagi hari ini, kami menjangkakanindeks bergerak dalam julat 1,580-1,590 susulan sentimen pasaran yang kekal agak berhati-hati," katanya dalam nota penyelidikan firma pembrokeran itu, hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikanMaybank turun empat sen kepada RM10.50, Public Bank rugi dua sen kepada RM4.48dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM7.27manakala CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.40 dan RM13.94.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Sentimen Berhati-hati,  Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...