Home Pasaran Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah
Pasaran

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis(Livevartha) — Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran diWall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sedikit sebanyak 0.03 peratus atau 0.51mata kepada 1,600.09 daripada paras penutup 1,599.58 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka rendah turun4.40 mata kepada1,595.18 dan bergerak antara paras 1,590.83 dan 1,600.73 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan pasaran kekal negatif apabila apabila kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 693 berbanding 369, manakala 540 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan 49 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.20 bilion unit bernilai RM3.03 bilion daripada2.55 bilion unit bernilai RM2.29 bilion sebelumnya.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)memberikan bayanganbahawa ia boleh mengurangkan kemajuan kadar penurunan kadar faedah pada 2025 berbanding jangkaan awal sebelum ini.

Beliau berkata persekitaran perniagaan global diselubungi oleh ketidakpastian,dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di luar negara dan harga komoditi yang tidak menentu.

Di pasarantempatan, Thong berkatapada penilaian semasa, indeks penanda aras didagangkan di bawah 15 kali harga kepada pendapatan (PER), jauh di bawah purata 10 tahunnya sekitar 18 kali.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...