Home Pasaran RINGGIT TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM DAGANGAN AWAL
Pasaran

RINGGIT TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM DAGANGAN AWAL

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan bermula esok.

“Pada masa ini, penurunan sebanyak 25 mata asas telah diambil kira tetapi apa yang lebih penting ialah prospek kadar faedah pada 2025, terutamanya dengan pentadbiran baharu yang dijangka menggunakan tarif import untuk merancakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi apabila ia mencecah 107 mata.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6166/6241 daripada 5.6203/6266 pada Jumaat lepas manakala merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8995/9036 daripada 2.8987/9022.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.6747/6810 daripada 4.6632/6684 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...