Home Pasaran Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Data Inflasi Stabil
Pasaran

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Data Inflasi Stabil

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Data Inflasi Stabil

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh data inflasi yang stabil.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3455/3510 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) pada September 2024 sebanyak 1.8 peratus menunjukkan inflasi kekal stabil buat masa ini, turut menunjukkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar monetari semasanya dalam masa terdekat.

“Sementara itu, dolar AS kekal mendapat permintaan tinggi berikutan kebimbangan mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang akan datang terus mempengaruhi sentimen pasaran, menyebabkan peniaga mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap risiko," katanya kepada Livevartha.

Pada sesi penutup, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6331/6402 daripada 5.6433/6491 semalam, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada2.8589/8627 daripada 2.8484/8516 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6918/6978 daripada 4.6887/6935 sebelum ini.

Pada masa yang sama,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding peso Filipina kepada7.49/7.51 daripada 7.50/7.52 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2928/2972 daripada 3.2932/2969 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada278.8/279.3 daripada 278.2/278.7 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9031/9259 daripada 12.8959/9149 sebelum ini.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...