Home Pasaran Ringgit Teruskan Momentum Positif, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Teruskan Momentum Positif, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Teruskan Momentum Positif, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Nov(Livevartha) — Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada pukul8 pagi, mata wang tempatan meningkatkepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada4.4610/4650 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi dalam tempoh semalaman apabila mencapai 107.146 mata sebelum ditutuppada 106.972 mata.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatadata terkiniTuntutan Pengangguran Awal AS mingguan yang lebih rendah berbanding jangkaan kepada213,000 menunjukkan pasaran buruh negara itu masih kukuh.

Beliau berkata selain itu,gesaan supaya kadar dasar European Central Bank (ECB) diturunkan bulan depan telah disampaikan dengan jelas olehahli majlis pentadbirannya.

“Ini akan mendorong dolar AS mempunyai kelebihan memandangkanRizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan melonggarkan dasar monetarinya dengan kadar yang berperingkat.

“Oleh itu, ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat kecil berikutan prospek lebih rendah bagipengurangan kadar faedah yang lebih cepat olehFed,” katanya kepadaLivevartha.

Semasa awal dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapamata wang utama.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...