Home Pasaran Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh Didorong Perang Dagangan AS-China Yang Mereda
Pasaran

Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh Didorong Perang Dagangan AS-China Yang Mereda

Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh Didorong Perang Dagangan AS-China Yang Mereda

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Ringgit meneruskan aliran pengukuhannyaberbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada akhir urus niaga Isnin, dipacu oleh ketegangan dagangan AS-China mereda serta kelemahan data ekonomi Washington yang menekan dolar.

Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata aliran pengukuhan ringgit yang berterusan itu menyanggah aliran selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan baharu untuk jawatankuasa penting kerajaan AS mengetatkan pelaburan China dalam sektor penting seperti teknologi dan tenaga.

“Itu sudah cukup bagi memacu dolar AS, sekali gus mengehadkan keuntungan awal ringgit. Walaupun ringgit mengukuh pada akhir sesi, masih terdapat kebimbangan mengenai perkembangan perdagangan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam urus niaga hari ini, malah sempatmencecah parasRM4.3925 pada sesi tengah hari sebelum berada pada RM4.4060.

Setakat petang ini, katanya, ringgit juga dilihat menarik berbanding dolar AS.

“Namun, keadaan masih terlalu awal kerana dasar-dasar pentadbiran Trump juga belum muktamad,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakankebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama global.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...