Home Pasaran Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Livevartha) — Ringgit terus menyusut daripada dolar AS ketika ditutup hari ini berikutan laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan.

Pada 6 petang, ringgit berkurangan kepada 4.4260/4305 daripada 4.4210/4255 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit sebahagian besarnya kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS.

Beliau berkata ini berikutan peniaga dan pelabur yang terus berhati-hati dengan langkah terkini kerajaan AS untuk mengawal perbelanjaan China ke atas teknologi AS.

Selain itu, beliau berkata AS turut menggalakkan sekutunya untuk mengenakan tarif terhadap China.

“Keadaan di China mungkin boleh terjejas lagi, yang boleh menyebabkan perubahan sentimen pasaran ke arah pendirian yang lebih defensif, dan pada akhirnya memberi manfaat kepada dolar AS,” kata Mohd Afzanizam kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9631/9663 dari 2.9552/9584, merosot berbanding pound Britain kepada 5.5993/6050 dari 5.5806/5863 dan susut berbanding euro kepada 4.6455/6503 daripada 4.6301/6348.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...