Home Pasaran Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Menjelang Pengumuman KDNK
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Menjelang Pengumuman KDNK

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Menjelang Pengumuman KDNK

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Ringgitmeneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaatmenjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar(KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.2705/2920 berbanding dolar AS daripada4.2795/2870, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapasaran sememangnya menunggu data pertumbuhan KDNK itu dengananggaran awal menunjukkan pengembangan sebanyak 4.4 peratus.

Beliau berkata maklumat itu akan menjadi perkara penting dalam mempengaruhiBank Negara Malaysia (BNM) untuk melonggarkan dasar monetari selain unjuran baharu untuk KDNK tahun ini.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit akan diniagakan secara berhati-hati pada hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) pula turun sebanyak 0.16 peratus kepada 100.879 mata, manakala Indeks Harga Pengeluar AS (PPI) turun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun sepanjang April selepas kekal pada 3.4 peratus selama dua bulan sebelumnya.

Beliau berkata keadaan itu membayangkan inflasi akan terus mereda, sekali gus memberilebih banyak ruang bagi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan lagi kadar faedah bagi tahun ini, katanya.

“Namun, ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada Persidangan Penyelidikan Thomas Laubach di Washington menunjukkan bahawa trend inflasi mungkin menjadi tidak menentu disebabkan oleh kejutan bekalan yang lebihkerap sertaberpotensi untuk berlanjutan.

Related Articles

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup...