Home Pasaran Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Ketidakpastian Pilihan Raya Presiden AS
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Ketidakpastian Pilihan Raya Presiden AS

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Ketidakpastian Pilihan Raya Presiden AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Okt(Livevartha) — Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov depan telahmenjejaskan mata wang tempatan.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada4.3490/3535 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.3255/3305 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata calon Republikan AS, Donald Trump dilihat sebagai lebih cenderung kepadaperlindungan perdagangan, dengan pendekatan dasar yang merangkumi langkah pengembangan fiskal yang sangat tinggi.

Beliau berkata sekiranya dasar inidilaksanakan, ia boleh mengganggu ekonomi global dan membawa kepada tekanan inflasi, yang berpotensi mempengaruhi pendekatan dasar monetari Rizab Persekutuan AS ketika ini untuk menurunkan kadar faedah.

“Akibatnya, peniaga dan pelabur beralih kepada dolar AS sebagai mata wang selamat,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbandingeuro kepada4.6887/6935 daripada4.6785/6839 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada5.6433/6491 daripada5.6097/6162 namun meningkat berbandingyen Jepun kepada2.8484/8516 daripada2.8668/8704.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...