Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih kukuh selepas penurunan penarafan oleh Moody’s Ratings.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2705/2765 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.2685/2735 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengekalkan aliran positifpada sesi pagi apabila USD/MYR mencecah paras sehinggaRM4.2455 sebelum melemah menjelang sesi penutup dagangan.
“DXY kekal berada di bawah 100 mata apabilakebimbangan terhadap beban fiskal telah menyebabkan peniaga dan pelabur mengelak pegangandolar AS.
"Penurunan penarafanoleh Moody's Ratings baru-baru ini telah menjejaskanlagi kesan apabilapentadbiran baharu AS mendesak rang undang-undang pemotongan cukai yang boleh memburukkan lagitahap hutang kerajaan AS," katanya kepada Livevartha.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatanmeningkat berbanding pound British kepada 5.7212/7292 daripada 5.7241/7308 pada Rabu, naik berbanding euro kepada 4.8218/8286 daripada 4.8379/8436 namunsusutberbanding yen Jepun kepada2.9768/9812 daripada 2.9642/9679.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.