Home Pasaran Ringgit Mulakan Minggu Ini Dalam Julat Stabil, Prospek Meningkat Kekal Positif
Pasaran

Ringgit Mulakan Minggu Ini Dalam Julat Stabil, Prospek Meningkat Kekal Positif

Ringgit Mulakan Minggu Ini Dalam Julat Stabil, Prospek Meningkat Kekal Positif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Sept(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dandijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2005/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed mahu memastikan pekerjaan maksimum, menunjukkan keutamaan kepada peningkatan.

“Sehubungan itu, peniaga dan pelabur optimis terhadap prospek ekonomi. Dalam satu aspek, terdapat keadaan risiko meningkat yang dijangka memberi prospek baik kepada ringgit,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata mata wang tempatan ditutup pada paras paling kukuh dalam tempoh 2.5 tahun minggu lepas.

Dalam laporan aliran dana mingguannya, katanya ringgit Malaysia mengukuh sebanyak 2.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS yang rendah, ditutup pada RM4.204, paras paling kukuh kali terakhir dilihat pada Mac 2022.

“Sebagai mata wang yang paling banyak mendapat manfaat daripada pelonggaran dasar Fed, peningkatan permintaan turut menyokong ringgit untuk meningkat berbanding mata wang rakan dagangutama Malaysia.

“Sehubungan itu, Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan(TWRI)MIDF kami mengukuh 2.1 peratus minggu ke minggu kepada 93.12, mencatatkan peningkatan tertinggi berbanding yen Jepun, won Koreadan dolar Taiwan,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...