Home Pasaran Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Livevartha) — Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Pada pukul 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 104.316 mata kerana pasaran menunggu keputusan daripada kedua-dua peristiwa itu minggu depan.

Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 Nov, 2024 manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada 6 hingga 7 Nov, 2024.

“Kita semua boleh bersetuju bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan berbanding rakannya daripada kalangan G7, membolehkan Rizab Persekutuan AS mengambil masa untuk melonggarkan dasar monetari.

“Dalam konteks ini, pelabur berkemungkinan cenderung kepada dolar AS susulan keadaan ketidaktentuan yang ketara,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata kesungguhan dalam pilihan raya presiden AS akan terus menguasai sentimen pasaran, manakala petunjuk ekonomi seperti pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran tidak diberikan banyakperhatian oleh pelabur.

Beliau menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS, didorong oleh peristiwa luar.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...