Home Pasaran Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan
Pasaran

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.

DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan DXY disumbangkan oleh faktor teknikal, yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.

“Sehubungan itu, ringgit boleh meningkat sedikit hari ini, berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.

Bagaimanapun, ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...