Home Pasaran Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Hari Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Hari Ketiga Berturut-turut

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha)– Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4610/4650 berbanding unit negara maju daripada4.4685/4740 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) menyusut 0.05 peratus kepada 106.629, justeru menunjukkan bahawa reaksi positif terhadap perdagangan Donald Trump dilihat agak reda.

“Bagaimanapun, peserta pasaran masih berhati-hati, terutamanyamengenai peningkatan konflik akibat perang di Ukraine baru-baru ini.

“Tempoh menunggu pelantikan (Trump) pada 20 Jan 2025dilihat agak lama, danperlu ditekankan bahawa antara janji utama pilihan raya daripada presiden terpilihTrump ini adalah untuk segera menamatkan perang di Ukraine,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata permintaan terhadap dolar AS dijangka kekal meningkat berikutan peniaga mahukanperlindungan daripada risiko geopolitik.

Ringgit didagangkan lebih tinggi hari ini berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britainkepada 5.6342/6393 daripada 5.6620/6690 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.6907/6949 daripada 4.7178/7236 semalam.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...