Home Pasaran Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR,20Nov (Livevartha) –Ringgit terus disokong dengan baik dan mengekalkan momentum menaik, meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup pada Rabu.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi itu didorong oleh permintaan berterusan.

“Keadaan terlebih jual yang dialami ringgit dari sudut pandang teknikal mungkin memberi dorongan kepada pelabur untuk beli.

“Susulan ketiadaan data utama di AS minggu ini, sentimen pasaran akan kekal terkawal,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6620/6690 daripada 5.6449/6506 ketika ditutup semalam, dan susut berbanding euro kepada 4.7178/7236 daripada 4.7150/7198.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8696/8733 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...