Home Pasaran Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal
Pasaran

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Keadaan itu telah menyuntik sedikit sentimen positif susulan tekanan inflasi AS yang turutmendorong minat terhadap risikodalam pasaran kewangan.

Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.4950/5045 berbanding dolar AS daripada paras 4.4970/5010 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang diumumkan, seiring jangkaan pada 2.9 peratusmanakala teras IHP lebih rendah daripada jangkaan iaitu3.2 peratus berbanding unjuran ramai pada 3.3 peratus.

“IHP terkini itu telah menghidupkan semula harapan Rizab Persekutuan AS (Fed) untukberada di landasan tepat bagi menurunkankadar faedah tahun ini.

"Nota Perbendaharaan AS bagi 10 tahun pula menyaksikan 14 mata asas lebih rendah kepada 4.65 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 109.083 mata," katanya kepada Livevartha.

Susulan itu,Mohd Afzanizam berkata ringgit mampu memaparkan prestasilebih baik pada hari ini berikutan inflasi AS dan berkemungkinan terus bergerak dalam julat di bawah RM4.50 dan sekitar RM4.48 hingga RM4.49.

Selain itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data IHP AS mencatat angka lebih baik daripada yang dijangkakan, memberi kelegaan sederhana susulan diasak tekanan inflasi.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...